Tentang YKSM

YKSM adalah sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang didaftarkan sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan.

Pelancaran penubuhan YKSM telah disempurnakan oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2003 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Mantan YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai Penaung YKSM turut melantik YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri (pada ketika itu) sebagai Pengerusi YKSM berkuatkuasa pada 11 Mei 2006.

Lembaga Pemegang Amanah YKSM dilantik sejumlah 11 orang, bertanggungjawab menentukan dasar dan halatuju YKSM. YKSM juga turut menimba input dan cadangan berkaitan strategi operasi dan gerak kerjanya menerusi Majlis Perunding YKSM.

YKSM telah ditukar nama daripada Yayasan Kajian & Strategi Melayu kepada Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia pada 17 April 2008.

VISI

YKSM akan menjadi badan pemikir Melayu yang unggul dan terbilang di Malaysia

MISI

Mencetus dan menyumbang idea yang kreatif, inovatif, dan bernilai tinggi kepada bangsa Melayu, pemimpin negara dan kerajaan ke arah pembangunan negara yang seimbang dan saksama

NILAI KERJA

  • Menyokong sepenuhnya agenda pembangunan Negara dengan mengutamakan serta menekankan kepentingan dan hak Bangsa Melayu;
  • Menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan disamping menjalin hubungan kerjasama yang erat dengan konstituansi YKSM; dan
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan kondusif untuk warga kerja YKSM berkembang secara kolektif dan individu

FUNGSI UTAMA

Menyediakan kompetensi dan keupayaan dalam bidang Kajian dan Perundingan untuk memberi sokongan yang efektif kepada Kepimpinan Negara sebagai peneraju dan pembela orang Melayu dan pihak kerajaan dalam skop tugas berikut:-

  • Merangka dan mempromosi dasar dan pelaksanaan dalam mempelihara dan memperkasa Agenda Melayu;
  • Mempromosi Agenda Melayu yang relevan dan selaras dengan Misi Nasional (2006-2020); dan
  • Bertindak sebagai pemangkin transformasi Melayu dan mempromosi pengupayaan Melayu dalam menghadapi cabaran Globalisasi dan Ekonomi Baru

PERANAN YKSM

  • Menjalankan Kajian-kajian berwibawa berkenaan dengan bangsa Melayu dalam bidang Kepimpinan, Ekonomi & Perniagaan, Sosial (Institusi Keluarga, Kesihatan, Kualiti Hidup, Hubungan Antara Kaum, Gender), Agama, Sains & Teknologi, Media, Pertahanan & Keselamatan, Bahasa, Seni, Budaya dan Warisan.
  • Membuat Perakuan Strategi-strategi untuk kepentingan Bangsa Melayu dalam menghadapi liberalisasi, globalisasi & persaingan Abad Ke 21.
  • Mengumpul Pemikir dan Pemimpin, iaitu sarjana, profesional, korporat dan pemimpin Melayu untuk berbincang tentang isu-isu Melayu dan membuat cadangan-cadangan untuk memajukan Bangsa Melayu.
  • Membantu Pelaksanaan Projek dan Program yang dilaksanakan oleh badan-badan NGO dan generasi muda yang ada kaitan dengan Agenda Melayu.
  • Mengadakan Sistem Maklumat dan pangkalan data berkenaan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang.
  • Menggerak Transformasi Bangsa melalui kerjasama pelbagai pihak untuk melahirkan Bangsa Melayu Unggul