Program Ketahanan Nasional (Siri 8) – UNIKL

unikl8Program Ketahanan Nasional siri kelapan yang disertai kumpulan 38 orang mahasiswa dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), telah diadakan di DMass Villa Resort, Hulu Langat, dari 11 hingga 13 Ogos 2017, dengan kerjasama Sri Gading Multi Resources.

Modul-modul khas telah direka untuk peserta kali ini, iaitu Modul Ketahanan Nasional, Modul Ekonomi, Modul Patriotisme, Modul Isu Keselamatan Serantau, Modul Integriti dan Modul Pengurusan: Psikologi Sosial & Kepimpinan. Penceramah-penceramah jemputan bagi modul-modul berkenaan adalah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mahbob, Tan Sri Musa Hassan dan Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Program Ketahanan Nasional ini disasarkan kepada kepimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi samada awam mahupun swasta untuk meningkatkan jatidiri dan semangat patriotisme mereka sebagai mewakili generasi muda pelapis negara.

 

 

unikl13

unikl12

unikl11

unikl3

unikl10

unikl9

unikl6

unikl13

unikl7

unikl4

unikl1