Program Ketahanan Nasional (Siri 7) – UMS

Program Ketahanan Nasional siri ketujuh yang disertai kumpulan 34 orang mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Sabah, dari 24 hingga 26 Mac 2017, dengan kerjasama Sri Gading Multi Resources.

Modul-modul khas telah direka untuk peserta kali ini, iaitu Modul Ketahanan Nasional, Modul Ekonomi, Modul Patriotisme, Modul Isu Keselamatan Serantau, Modul Pengurusan: Psikologi Sosial & Kepimpinan dan Modul Integriti.

Majlis Penutup Prgram telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Marsidi Manjun, Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Program ini melengkapkan sasaran 7 Program Ketahanan Nasional khusus buat kepimpinan pelajar dari 7 institusi pengajian tinggi awam negara, yang telah diadakan secara berperingkat.

 

Foto:

ums4
YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI MARSIDI MANJUN,
Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
ums3
DATO’ HAJI RUJI BIN UBI,
Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah
ums1
Keratan akhbar Sabah Times

ums2

ums5

ums6

ums7