Kem Ketahanan Nasional (Siri 6) – UMK

Kem Ketahanan Nasional siri keenam yang disertai kumpulan 40 orang mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telah diadakan di Ilham Resort, Port Dickson, dari 2 hingga 4 Mac 2017, dengan kerjasama Sri Gading Multi Resources.

Modul-modul khas telah direka untuk peserta sepertimana siri kem yang terdahulu, iaitu Modul Ekonomi, Modul Patriotisme, Modul Integriti dan Modul Ketahanan Negara.

Pada kali ini program turut dijayakan oleh Tan Sri Musa Hassan, mantan Ketua Polis Negara yang memberi ceramah mengenai Integriti.

Kem Ketahanan Nasional ini disasarkan kepada kepimpinan pelajar di 7 (tujuh) institusi pengajian tinggi yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

 

Foto:

 

umk2

umk3

umk4

umk5

umk6

umk8

umk7