Kem Ketahanan Nasional (Siri 5)

Kem Ketahanan Nasional siri kelima yang disertai kumpulan 34 orang mahasiswa dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor, telah diadakan di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang, dari 4 hingga 6 November 2016, dengan kerjasama Sri Gading Multi Resources.

Modul-modul khas telah direka untuk peserta sepertimana siri kem yang terdahulu, iaitu Modul Ekonomi, Modul Patriotisme, Modul Integriti dan Modul Ketahanan Negara.

Pada kali ini program turut dijayakan oleh YB Dato’ Ab. Aziz Kaprawi iaitu Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Timbalan Menteri Mentor UTHM yang hadir memberi sokongan serta memberi ceramah mengenai patriotisme

Kem Ketahanan Nasional ini disasarkan kepada kepimpinan pelajar di 7 (tujuh) institusi pengajian tinggi yang akan dilaksanakan secara berperingkat.