Petikan Buku: The Wizard and The Warrior

THE WIZARD AND THE WARRIOR

Penulis: Lee G. Bolman & Terrence E. Deal

Snapshot: Bolman dan Deal meninjau ke dalam intipati kepimpinan – interaksi antara nyalarasa dan kuasa. Buku ini mencabar kita untuk memahami potensi yang besar antara wizard dan wira dalam diri kita yang boleh menjana perubahan dan cabaran. Ia berkaitan dengan polarity kepimpinan – menginspirasikan disatu pihak, tegas, praktikal dan ada kalanya ganas di pihak yang lain. Berbekalkan contoh pemimpin semasa dan masa lepas Bolman dan Deal mengajar kita bagaimana untuk menggunakan pedang dan kayu ajaib kita dengan berkesan dan bagaimana wira yang terkenal dari Joan of Arc dan Lou Gertsner melakukannya.

KONSEP PENTING

+ Berdepan dengan Wizard dan Wira di dalam Diri
Mengetahui dan mengakui kehadiran kesaktian dan keperwiraan di dalam diri kita membolehkan kita menyeru kuasa tersebut dalam memberi khidmat dalam perkara yang bermakna.

+ Peranan Wira
Mengenalpasti ciri-ciri dan kesan peranan setiap wira membolehkan kita memilih yang sesuai untuk keadaan tertentu dan beralih mengikut perubahan keadaan.

+ Laluan Wira
Wira berjaya melalui kombinasi empat unsur: Hati, minda, kemahiran dan senjata.

+ Fungsi Wizard
Fungsi utama kesaktian ialah untuk menjana dan mengubah. Ini melibatkan penggunaan imaginasi, pandangan jauh dan kebitaraan untuk melihat di sebalik permukaan dan melangkaui yang biasa.

+ Wizard Yang Bekerja
Seseorang diperlukan untuk menyerlahkan semangat sesuatu organisasi. Formula ajaibnya berkesan tentang nilai, ikon, acara ritual dan penceritaan.

+ Perjalanan Pemimpin (The Leader’s Journey)
Kuasa keperwiraan dan kesaktian boleh didapati melalui daya usaha, nyalarasa dan pembelajaran berterusan, keinginan untuk memimpin dan mengetahui apa yang ingin kita cpai dan bina mendorong kita untuk memulakan perjalanan kepimpinan.

Petikan Buku diterbitkan secara bulanan. Email kepada contact@yksm.com.my untuk pertanyaan dan langganan.