Kem Ketahanan Nasional (Siri 3) – UKM

img_8508e

Kem Ketahanan Nasional siri ketiga yang disertai kumpulan pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah diadakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, dari 11 hingga 13 Mac 2016.

Modul-modul khas telah direka untuk peserta sepertimana siri kem yang terdahulu, iaitu Modul Ekonomi, Modul Patriotisme, Modul Integriti dan Modul Ketahanan Negara.

Kem Ketahanan Nasional ini disasarkan kepada kepimpinan pelajar di 7 (tujuh) institusi pengajian tinggi yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

[ Galeri Foto ]