Kem Ketahanan Nasional (Siri 2) – UM

img_7846

Kem Ketahanan Nasional disasarkan kepada kepimpinan pelajar di 7 (tujuh) institusi pengajian tinggi yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Siri Kedua yang melibatkan 40 peserta terdiri daripada pelajar dari Universiti Malaya (UM) ini telah diadakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, dari 26 hingga 28 Februari 2016.

Golongan muda adalah bakal-bakal pemimpin yang akan memikul amanah dan tanggungjawab untuk terus menyuburkan semangat perpaduan dan keharmonian negara.

Justeru, modul-modul khas telah direka untuk peserta sepertimana siri kem yang terdahulu, iaitu Modul Ekonomi, Modul Patriotisme, Modul Integriti dan Modul Ketahanan Negara.

[ Galeri Foto ]