Kem Ketahanan Nasional (Siri 1)

Golongan muda adalah bakal-bakal pemimpin yang akan memikul amanah dan tanggungjawab untuk terus menyuburkan semangat perpaduan dan keharmonian negara tercinta ini.

Kem Ketahanan Nasional ini disasarkan kepada kepimpinan pelajar di 7 (tujuh) institusi pengajian tinggi yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Modul-modul khas telah direka untuk peserta, iaitu Modul Ekonomi, Modul Patriotisme, Modul Integriti dan Modul Ketahanan Negara.

Siri pertama ini melibatkan 42 peserta terdiri daripada pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah diadakan di Akar Beach Resort, Port Dickson dari 18 hingga 20 September 2015.

[ Galeri Foto ]