Seminar Wanita Pemangkin Transformasi – Lumut, Perak

backdrop_perak

Seminar Wanita Pemangkin Transformasi anjuran bersama YKSM dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kali kelima telah diadakan pada 25 April 2015, di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Lumut, Perak. Seminar dihadiri 120 peserta yang terdiri daripada pemimpin serta ahli pergerakan, pertubuhan dan persatuan wanita, kakitangan awam dan swasta, dan surirumah.

Penceramah yang terlibat adalah Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie), Dato’ Dr. Ismail Alias  (Pegawai Eksekutif, Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia), Dr. Sharifah Hanim Syed Mustaffa (Fitness Trainer & Group Fitness Instructor) dan Dato’ Nooraishah Ahmad Tajudin (Pengarah Eksekutif YKSM).

[ Galeri Foto ]