Seminar Wanita Pemangkin Transformasi – Kuala Ibai, Terengganu

backdrop_10_mac_2015_kt

Seminar Wanita Pemangkin Transformasi anjuran bersama YKSM dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kali keempat telah diadakan pada 10 Mac 2015, di Prinzpark Resort, Kuala Ibai, Terengganu. Seminar dihadiri 160 peserta yang terdiri daripada pemimpin serta ahli pergerakan, pertubuhan dan persatuan wanita, kakitangan awam dan swasta, penuntut IPT dan surirumah.

Penceramah yang terlibat adalah Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie), CR Saidah Alawiyah Abdul Rahim (Pegawai Psikologi, LPPKN Terengganu), Noor Shahmun Muhd Noor (Pegawai Sains Makanan, Unit Pemakanan, PKDKT) dan Dato’ Nooraishah Ahmad Tajudin (Pengarah Eksekutif YKSM).

[ Galeri Foto ]