Seminar Wanita Pemangkin Transformasi – Batu Pahat

Seminar Wanita Pemangkin Transformasi anjuran bersama YKSM dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kali ketiga telah diadakan pada 13 Disember 2014, di Pusat Khidmat Parlimen Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Seminar dihadiri 80 peserta yang terdiri daripada pemimpin pergerakan, pertubuhan dan persatuan wanita, kakitangan awam, swasta dan surirumah.

Penceramah yang terlibat adalah Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie), Dr. Noraishah Daud (Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), Marliza Dato’ Abd Ghani (Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan) dan Dato’ Nooraishah Ahmad Tajudin (Pengarah Eksekutif YKSM).

[ Galeri Foto ]