Seminar Wanita Pemangkin Transformasi – Sg. Petani

backdrop 30 sept kedah

Seminar Wanita Pemangkin Transformasi anjuran bersama YKSM dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kali kedua telah diadakan pada 30 September 2014, di Auditorium Paya Bakau, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah. Seminar dihadiri 100 peserta yang terdiri daripada pemimpin pergerakan, pertubuhan dan persatuan wanita, kakitangan awam, swasta dan surirumah.

Penceramah yang terlibat adalah Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie), Badrizawati Mohamad Zaki (Pegawai Psikologi, LPPKN Pulau Pinang), Marliza Dato’ Abd Ghani (Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan) dan Dato’ Nooraishah Ahmad Tajudin (Pengarah Eksekutif YKSM).

[ Galeri Foto ]