Seminar Wanita Pemangkin Transformasi – Sepang

Seminar Wanita Pemangkin Transformasi anjuran bersama YKSM dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diadakan pada 3 Jun 2014, di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang. Seminar dihadiri hampir 100 peserta yang terdiri daripada pemimpin pergerakan, pertubuhan dan persatuan wanita, kakitangan awam, swasta dan surirumah.

Seminar ini berpaksikan kepada elemen penerapan nilai dan jatidiri, meningkatkan motivasi dan pendedahan hak-hak wanita, kepentingan penjagaan kesihatan diri serta keluarga agar mereka dapat memahami, menghayati dan menerapkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan sehari-hari.

Penceramah yang terlibat adalah Haji Hushim Haji Salleh (Perunding Motivasi), Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie), Marliza Dato’ Abd Ghani (Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan) dan Dato’ Nooraishah Ahmad Tajudin (Pengarah Eksekutif YKSM).

[ Galeri Foto ]