Perbincangan Kumpulan Fokus

Perbincangan Kumpulan Fokus
Pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR
5 Ogos 2010, Pusat Dagangan

Seramai 60 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, ahli akademik, ahli profesional, pemimpin NGO, wakil parti politik dan wakil dari Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Diraja Malaysia telah menghadiri Perbincangan Kumpulan Fokus (PKF) mengenai Pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR yang telah diadakan pada 5 Ogos 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

PKF ini dianjurkan oleh Badan Pemuafakatan Ilmiah Nasional (PEMBINA) yang merupakan salah satu badan bersekutu yang bernaung di bawah Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia (YKSM). YBhg Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Presiden YKSM, telah menyampaikan ucap utama dan seterusnya merasmikan PKF ini.

Penganjuran PKF ini adalah susulan daripada saranan YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran mengenai pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. PKF ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan para peserta telah berbincang secara konstruktif dalam melahirkan idea-idea yang bernas ke arah penambaikkan sistem peperiksaan yang sedia ada.

Segala maklum balas, pandangan dan cadangan para peserta mengenai pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR ini akan dimajukan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri untuk dikaji dan diperhalusi.

>Galeri Foto<