Antologi Puisi Agenda Melayu

 Antologi Puisi Agenda Melayu ini merupakan himpunan hasil karya penyair-penyair terkenal tanahair yang pernah dibentangkan dalam majlis-majlis diskusi dan deklamasi puisi seluruh negara. Karya-karya yang dimuatkan dalam buku ini menggambarkan semangat dan roh perjuangan orang melayu.

Kandungan buku ini dimulai dengan puisi yang berunsur doa dan diikuti dengan puisi-puisi yang bertemakan orang Melayu. Seterusnya menyentuh kepimpinan orang Melayu dari aspek falsafah sehingga ke peringkat perlakuan. Gaya kepimpinan tokoh-tokoh Melayu dari Hang Tuah, Tun Perak, Raja Abdullah, Za’aba, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamed, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga dimuatkan.

Topik Puisi:

  • Doa – Rahmat & Syukur
  • Melayu – Naluri Kebangkitan
  • Kepimpinan – Semerbak Budi
  • Mitos – Falsafah & Makna
  • Politik – Maruah & Martabat
  • Bahasa – Rintihan & Perjuangan
  • Diaspora Melayu – Tamadun & Keagungan