Buku: Siri Minda Melayu

Keupayaan, kekuatan dan pengaruh minda terhadap proses pembangunan sesebuah kaum adalah sesuatu yang amat kritikal. Penekanan proses pembangunan yang dahulunya berkait rapat dengan struktur fizikal seperti pembinaan jalanraya, bangunan dan sebagainya sekarang ini telah berpindah kepada sesuatu yang bersifat emosi dan intelektual.

Dalam erti kata lain, pembangunan minda. Ini bermakna pembangunan fizikal tidak lagi penting, tetapi penekanan pembangunan minda telah menjadi keutamaan yang melebihi segalanya. Tidak hairanlah kini pendekatan pembangunan berasaskan ekonomi pengetahuan atau dikenali sebagai k-ekonomi telah mendapat tempat diseluruh dunia.

Dalam konteks ini, Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia (YKSM) dengan bantuan dana oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan Siri Buku Minda Melayu ini. Secara keseluruhannya, siri ini meliputi enam tajuk berikut:

1. Mengambil Iktibar Daripada Bangsa-bangsa Berjaya
2. Melayu Boleh Berubah
3. Minda Melayu dan Islam
4. Melayu Mentaliti Kelas Pertama: Antara Impian Dengan Kenyataan
5. Pengaruh Islam Terhadap Minda Politik Melayu; dan
6. Budaya Survivalisme Sebagai Perangsang Kecemerlangan Bangsa

Amatlah diharapkan agar kandungan buku-buku di dalam siri ini akan dijadikan iktibar dan panduan di dalam usaha kita bersama untuk membangunkan sebuah bangsa Melayu yang lebih berupaya, berpengetahuan dan cekal dalam mengharungi dunia pembangunan yang mencabar dan sentiasa berubah-ubah. Insya-Allah.

Harga: RM30/set (6 naskhah)