Proses Pembandaran dan Isu Melayu Bandar

Proses Pembandaran & Isu Melayu Bandar
3 & 4 August 2009,
Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam

Objektif

Jangka pendek
Merumus idea dan pelan tindakan dalam menangani perubahan geo-politik dan isu-isu sosio ekonomi yang berkaitan Melayu bandar.

Mengembali dan memantapkan keyakinan serta sokongan rakyat khasnya orang Melayu terhadap kewibawaan kerajaan.

Jangka panjang
Menyegarkan perjuangan orang Melayu untuk memastikan kedudukan mereka terbela dari aspek politik, ekonomi dan sosial dalam persekitaran kehidupan bandar.

Menggembleng kesepaduan berterusan antara sektor kerajaan, swasta, pemimpin masyarakat, ahli akademik, NGO dan tenaga profesional untuk mendepani isu-isu Melayu bandar.