Perbincangan Meja Bulat 1Malaysia

Perbincangan Meja Bulat 1Malaysia
23 Mac 2010,
Hotel Grand Seasons, KL

Latar Belakang

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk dan memperkukuhkan PERPADUAN di kalangan rakyat yang berbilang kaum, berteraskan nilai-nilai murni yang berpaksikan kepada keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan yang seharusnya dihayati dan menjadi amalan rakyat Malaysia agar negara mampu bergerak dengan suatu daya yang padu.

1Malaysia adalah pelengkap kepada pendekatan dan dasar-dasar sedia ada.

Perjalanan ke arah pencapaian gagasan 1Malaysia adalah sesuatu yang rumit, berliku dan memerlukan penghayatan serta kerjasama padu daripada segenap lapisan masyarakat.

Perbincangan Meja Bulat ini boleh mempertingkatkan pemahaman yang lebih jelas serta mengupas peranan dan pengisian yang boleh dimainkan oleh semua golongan rakyat secara inklusif.

Perbincangan Meja Bulat ini juga akan menjadi platform kepada semua golongan tersebut untuk memberikan maklum balas dan perspektif masing-masing serta sebagai wadah pengumpulan input ke arah potensi pengukuhan 1Malaysia.

Objektif Persidangan

Mengolah gagasan 1Malaysia dari aspek asas dan nilai hingga ke peringkat penghayatan bagi mencerna suatu laluan yang cerah.

Mengenalpasti segala kekangan dalam membangunkan gagasan 1Malaysia.

Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab semua golongan rakyat dalam mengisi Gagasan 1Malaysia.

Meneroka inovasi dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia.