Cabaran IKS – Anjakan Set Minda
Industri kecil dan sederhana (IKS) melibatkan perusahaan perkilangan yang menyediakan perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan perkilangan dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan jumlah tenaga kerja tidak melebihi 150 orang. Sumbangan IKS terhadap penggunaan tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi negara memang tidak dapat dinafikan.

Oleh hal yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta badan yang khusus ditubuhkan berusaha keras untuk membangunkan sektor ini dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan sektor ini terus menjanakan ekonomi negara. Antaranya kemudahan yang disediakan termasuklah menyediakan pembiayaan, khidmat nasihat dari segi pemasaran dan produk, di samping menyediakan premis perniagaan. SME Corporation dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah antara peneraju penting yang diamanahkan untuk membangunkan sektor ini.

Bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah dan IKS tidak terkecuali dalam mendepani cabaran yang banyak yang perlu dihadapi bagi menjamin kelangsungan sesebuah identiti perniagaan. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah mendepani pasaran tempatan yang terhad.

Jumlah penduduk sebanyak 26 juta orang bagi pasaran di negara ini dilihat agak terhad untuk menjamin kelangsungan IKS. Hal ini ditambah lagi dengan bilangan IKS yang banyak yang menyebabkan persaingan antaranya amat sengit. Pilihan yang ada bagi pemain dalam sektor IKS adalah dengan meneroka pasaran global dan bersaing di persada antarabangsa yang memerlukan kualiti produk yang setanding, kecekapan dalam pemasaran dan pembiayaan yang besar.

Dalam menangani hal ini, pengalaman IKS di Sweden dapat dijadikan contoh. Dengan jumlah penduduk Sweden hanya sembilan juta orang, IKS di sana tidak mempunyai pilihan selain meneroka pasaran Eropah dan global. Pada masa yagn sama, kerajaan Sweden memainkan peranan yang utama dengan penubuhan Swedish Trade Council yang menyokong dan membantu IKS di negara itu meneroka pasaran global.

Sementara itu, selain cabaran pasaran yang terhad, faktor globalisasi merupakan satu lagi cabaran yang nyata yang tidak dapat diketepikan oleh pemain IKS tempatan. Biasanya, syarikat gergasi multinasional akan menggunakan syarikat tempatan bagi membekalkan produk sokongan mereka dan menuntut kualiti yang tinggi serta keupayaan bekalan yang berterusan. Hal ini merupakan cabaran bagi IKS di dalam negara untuk memenuhi keperluan tersebut.

Di samping itu, isu persekitaran juga mempengaruhi syarikat multinasional ini dalam memilih pembekal mereka. Oleh hal yang demikian, produk yang mesra alam dan berteraskan “teknologi hijau” tidak boleh dipandang ringan oleh IKS tempatan bagi membolehkan mereka terus bersaing. Antara keperluan yang amat ditekankan oleh syarikat multinasional ini ialah amalan perniagaan yang beretika.

Dalam hal ini, IKS tempatan dituntut untuk mengamalkan tanggungjawab korporat yang baik yang merangkumi usaha meminimumkan impak negatif terhadap operasi perniagaan, seperti pencemaran, keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan produk dan rasuah. Sebagai contoh, syarikat Mattel, pengilang mainan kanak-kanak, mempelajari pengajaran yang berguna apabila produknya gagal melepasi piawaian minimum ujian kesihatan dan keselamatan produk Amerika Syarikat aibat daripada kecuaian pembekalnya.

Sehubungan dengan hal itu, aspek cabaran untuk meningkatkan daya saing dalam kalangan pemain IKS tidak boleh dipandang ringan juga. Untuk bersaing di pasaran global, peningkatan dalam daya saing amat diperlukan. Hal ini berkaitan dengan kualiti produk dan pengurangan dalam kos pembuatan. Berkaitan dengan hal ini juga, penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat dalam proses pembuatan dan pengurusan harus diberikan penekanan.

IKS tempatan perlu meningkatkan penggunaan teknologi maklumat bagi membolehkan mereka meneroka dan bersaing secara sama tara di pasaran global. Walaupun kos penggunaan teknologi maklumat tidaklah murah, tambahan pula untuk mendapat kakitangan yang terlatih di bidang ini agak sukar, sektor IKS perlu menyedari bahawa hal ni merupakan pelaburan yang tidak boleh dielakkan.

Statistik menunjukkan hanya 25.6 peratus produk perkilangan IKS Malaysia yang dieksport. Selain faktor luaran, kadar yang rendah ini adalah berkaitan dengan set minda syarikat IKS itu sendiri. Apabila ditanya punca mereka tidak mengeksport produk, antara jawapan lazim yang sering diberikan termasuklah faktor perniagaan yang kecil, maka kurang untuk menembusi pasaran antarabangsa; tidak dapat meneroka pasaran global; atau ingin berjaya di Malaysia dahulu sebelum memasuki pasaran antarabangsa.

Walaupun kerajaan dan badan yang berkaitan berusaha gigih menggalakkan IKS tempatan meneroka pasaran global, bilangan IKS yang berbuat demikian amat kecil. Oleh hal yang demikian, mereka perlu melakukan anjakan set minda, melakukan inovasi, leverej pembangunan teknologi dan adaptasi model perniagaan yang baharu. Hanya dengan mengambil langkah tersebut mereka akan dapat meningkatkan daya saing dan berpeluang meraih faedah daripada arus globalisasi.

Sehubungan dengan hal ini, apakah set minda yang perlu diubah? Antara yang penting termasuklah bersedia untuk mempelajari perkara baharu. Daya saing bermula dengan keupayaan untuk mempelajari sesuatu yang baharu.  Pembelajaran dapat mempengaruhi cara seseorang untuk berfikir dan mengubah sikap mereka dalam menangani sesuatu perkara.

Penggerak IKS ialah pengasas atau pemiliknya yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan daya saing perniagaan. Mereka bukan sahaja perlu mempamerkan kepimpinan melalui teladan dan sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu dari pakar industri, bahkan mereka perlu juga menghargai bahawa aspek latihan kakitangan ialah keputusan strategik dan bukan hanya keputusan ad hoc.

Pemimpin dan kakitangan seharusnya menganggap bahawa aspek pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat untuk meningkatkan daya saing yang terhasil daripada arus globalisasi. Pembelajaran yang berterusan akan mendedahkan kakitangan kepada konsep dan pendekatan baharu yang akan mengukuhkan teras kecekapan perniagaan. Pembelajaran bukan sahaja harus juga dilihat berkaitan dengan pendidikan, tetapi juga dilihat sebagai peluang untuk membina jaringan perniagaan yang merupakan unsur penting yang menjamin kejayaan sesuatu perniagaan.

Selain itu, aspek memberikan perhatian terhadap pemasaran yang tidak hanya tertumpu pada produk semata-mata, harus juga dilihat secara lebih mendalam. Lazimnya, setiap IKS mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Malangnya, kebanyakan pemain dalam industri lemah dari segi pemasaran, walaupun mempunyai produk yang bermutu.

Oleh hal yang demikian, apa-apa yang perlu ditekankan juga ialah produk yang berkualiti tersebut dapat diedarkan secara inovatif kepada pengguna yang disasarkan melalui saluran yang berkesan pada harga yang berpatutan. Pembungkusan dan pelabelan perlu juga mempunyai kualiti yang tinggi untuk menembusi pasaran global. Hal ini memerlukan kerjasama setiap pekerja dari segi delegasi atau kerja berpasukan bagi memastikan kejayaan syarikat.

Satu lagi aspek yang memerlukan anjakan set minda dalam kalangan pemain IKS ialah kecenderungan untuk mengelak daripada membayar cukai korporat. Kebanyakan IKS mempunyai kepakaran dalam pengurusan kewangan, malangnya kepakaran itu kadang-kadang disalahgunakan dalam cubaan untuk mengelak daripada membayar cukai melalui perakaunan yang kreatif.

Hal ini merupakan set minda yang salah dan tidak mungkin dapat bertahan serta boleh menjelaskan pertumbuhan perniagaan dan perkembangannya di peringkat global. Sepatutnya IKS patuh kepada peraturan dan membayar cukai yang berpatutan dengan mengambil faedah daripada insentif, geran dan kemudahan potongan cukai berganda yang ditawarkan oleh kerajaan.

Pada masa yang sama, banyak IKS di negara ini yang beroperasi di premis yang tidak sesuai yang diperuntukkan bagi premis perniagaan semata-mata untuk kemudahan mereka dan mengelakkan kerumitan untuk mendapatkan premis yang sesuai. Perkara ini dilihat berlanjutan hampir 20 tahun. Hal ini bukan sahaja menjadi penghalang kepada mereka untuk mendapatkan skim bantuan daripada kerajaan, bahkan menjadi kekangan untuk mengembangkan pernigaan mereka sendiri. Sudah pasti keadaan ini perlu diubah demi manfaat sektor IKS.

IKS yang melakukan kesilapan sedemikian perlu mengubah lokasi ke premis yang telah ditetapkan, di samping berusaha mendapatkan lesen yang sah, membeli aset yang berupaya menambah keupayaan mereka dan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.

Sementara itu, banyak daripada kalangan syarikat yang didakwa kerana kesalahan melanggar hak milik intelek seperti menggunakan perisian cetak rompak. Walaupun terdapat pemain IKS yang menyedari kepentingan menggunakan teknologi maklumat dalam operasi syarikat, masih menggunakan perisian cetak rompak.

Berkaitan dengan itu ini, set minda memainkan peranannya. IKS tidak sepatutnya mencabar sistem perundangan dan perlu menghormati hak milik intelek. Dalam hal ini, kerajaan memainkan peranan penting bagi mendapatkan diskaun khas bagi perisian yang biasa digunakan dalam kebanyakan operasi syarikat dalam sektor IKS di Malaysia. Dengan jumlah IKS yang banyak, kerajaan dapat merundingkan harga yang berpatutan dan mampu dibayar oleh kebanyakan IKS.

IKS perlu memahami kelebihan sumber luar dalam penggunaan teknologi maklumat mereka. Dengan anggapan bahawa membina perisian sendiri menjimatkan wang dan menyebabkan mereka lebih cenderung ke arah itu, hakikatnya hanya akan menggugat perlaksanaan operasi syarikat, di samping memberikan risiko peningkatan kos. Hal ini merupakan set minda yang perlu diubah.

Dalam usaha mendapatkan kelancaran perniagaan dan meningkatkan daya saing, mereka perlu melihat sumber luar sebagai aktiviti yang mempunyai nilai tambah. Sumber luar membolehkan mereka mengekalkan fokus yang strategik dan menyelia sistem teknologi maklumat dengan berkesan. Selain itu, hal ini dapat mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan.

Faktor terlalu bergantung pada kerajaan juga merupakan aspek yang memerlukan anjakan set minda bagi membolehkan IKS bersaing di pasaran global. Walaupun kerajaan banyak menyediakan kemudahan dari segi pembiayaan dan khidmat nasihat, setelah IKS berjaya dan mampu berdiri sendiri, mereka perlu membebaskan diri daripada terlalu bergantung pada kerajaan.

Kejayaaan dalam perniagaan, apatah lagi di persada antarabangsa, menuntut usaha gigih dan kecekalan. Hanya mereka yang mempunyai sifat tersebut akan berjaya. Ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal, William James, pernah menyarankan, “Jika kita dapat mengubah set minda, kita akan berhasil mengubah kehidupan kita.” Saranan tersebut juga releven untuk dunia perniagaan, terutama bagi pemain dalam sektor IKS.

PTE Peranan Sektor Swasta
ANTARA kesan globalisasi ialah pertandingan yang sengit antara negara untuk mendapatkan pasaran eksport dan pelaburan asing. Dengan ekonomi global yang mencecah AS$44 trilion kini dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi dan infrastuktur, pertandingan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi dengan keupayaan negara seperti  China, Vietnam, malah Kemboja juga, menarik dana pelaburan asing yang semakin berkurangan di negara masing-masing.

Dengan menyedari hakikat tersebut, kerajaan Malaysia merangka Program Transformasi Ekonomi (PTE) sebagai antara langkah dalam perancangan jangka panjang untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020. Langkah ini tepat dan berani dengan pendekatan yang radikal yang melibatkan penyertaan yang banyak melalui makmal yang membolehkan peserta memberikan saranan dan maklum balas. Pendekatan ini menyimpang daripada pendekatan terdahulu yang lebih bercorak “town-down”.

Keperluan terhadap transformasi ekonomi ini begitu mendesak kerana negara telah lama terperangkap dalam ekonomi berpendapatan sederhana, manakala beberapa buah negara yang setara perkembangan ekonominya dengan Malaysia pada dua dekad yang lalu, sudah melangkah jauh ke hadapan.

Dengan pelaksanaan PTE ini dijangka pendapatan per kapita kita akan mencecah paras RM48 ribu (AS$15 ribu) untuk melayakkan Malaysia mencapai status negara maju dan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan menjelang tahun 2020.

Yang menariknya, 60 peratus daripada pekerjaan baharu yang diwujudkan nanti kategori berpendapatan sederhana dan tinggi.

PTE mendedahkan rakyat negara ini kepada singkatan seperti NKEA, NKRA, SRI dan EPP melalui kenyataan rasmi kerajaan. NKEA atau Bidang Ekonomi Utama Negara ialah sektor ekonomi yang berpotensi yang akan memacu pertumbuhan yang pesat dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

Sebanyak 12 NKEA dikenal pasti hasil daripada perundingan antara pihak swasta dengan sektor awam. Lebih daripada 1000 peserta terlibat dalam proses awal mengenal pasti sektor tersebut. Fokus kepada NKEA ini akan memastikan projek yang berimpak tinggi yang disokong dengan polisi dan galakan daripada kerajaan secara kolektif bagi menyumbangkan matlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Kelompok 12 NKEA in meliputi 11 industri dan sebuah pusat wilayah. Industri yang terlibat ialah gas, minyak dan tenaga, kelapa sawit, perkhidmatan kewangan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, elektronik dan elektrik, perniagaan borong dan runcit, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, komunikasi dan infrastruktur, pertanian serta pembangunan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Pertumbuhan ekonomi yang terhasil daripada NKEA melalui pelaksanaan 131 Pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan 60 peluang perniagaan akan menyebabkan ekonomi Malaysia mengalami perubahan yang drastik seperti ekonom dengara maju. Jika dapat diibaratkan NKEA sebagai enjin pertumbuhan, EPP merupakan palam pencucuh yang akan merangsang enjin tersebut ke mercu pencapaian yang lebih tinggi dan dipanggil EPP kerana projek tersebut yang berimpak tinggi, menjadi pencetus kepada permulaan program NKEA.

Hal ini melibatkan pelaburan dalam infrastuktur berskala besar, manakala yang lain pula mempunyai kesan langsung atas keluaran sektor tertentu. Setakat ini, 18 diterajui oleh sektor swasta. Fungsi setiap EPP sudah dilancarkaan dan kebanyakannya diterajui oleh sektor swasta. Fungsi setiap EPP diperjelas dalam PTE. Contohnya, pembangunan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang mempunyai sembilan EPP yang akan memastikan kedinamikan ekonomi, di samping menjadikan Kuala Lumpur antara bandar raya yang selesa untuk didiami menjelang tahun 2020.

Menurut Dato’ Seri Idris Jala, Ketua Eksekutif Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), mengikut pemikiran semasa bandar raya bertanding lebih hebat daripada negara. Jika bandar raya menyerlah dan dikenal, negara akan mendapat limpahan daripada perkembangannya. Oleh itu, amat penting jika Kuala Lumpur dapat lebih menyerlah.  Dari segi keselesaan antara bandar raya, kini Kuala Lumpur menduduki tempat yang ke-79. Melalui PTE, dijangkakan kedudukan Kuala Lumpur akan meningkat di kedudukan yang ke-20 menjelang tahun 2020.

PTE berorentasikan tindakan dengan projek yang telah dikenal pasti berserta jadual dan jangka masa serta fokus untuk melonjakkan Malaysia kepada status negara berpendapatan tinggi. Daripada sejumlah RM1.4 trilion pelaburan yang diperlukan bagi membiayai 131 EPP, 92 peratus adalah daripada sektor swasta dan hanya lapan peratus daripada sektor awam.

Menerusi bahagian sektor swasta, 73 peratus direncanakan datangnya daripada pelaburan langsung domestik (IDD), manakala 27 peratus pula berdasarkan pelaburan langsung asing (FDI). Pelaburan langsung asing ini meliputi pelaburan daripada entiti perniagaan asing, misalnya syarikat multinasional membina logi pembuatan di Malaysia, manakala IDD ialah pelaburan oleh entiti perniagaan tempatan dalam pasaran domestik.

Penambahbaikan dalam persekitaran perniagaan ialah langkah yang penting untuk mencapai peningkatan dalam pelaburan, baik daripada pelabur asing mahupun pelabur tempatan. Kerajaan memainkan peranan yang penting sebagai mangkin untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk perniagaan bercambah termasuk liberalisasi sektor tertentu, mengkaji semula peraturan dan dasar, serta menyelaraskan dan memudahkan hubungan antara sektor awam dengan sektor perniagaan.

PTE bertepatan dengan namanya iaitu program dan bukannya rancangan. Rancangan memuatkan tujuan atau rangka tindakan dan merupakan dokumen strategi, manakala program mengandungi projek yang khusus dan tidakan dengan pemilik projek, sasaran dan jadual masa yang ditetapkan. Sektor swasta terlibat dalam PTE pada setiap fasa pembangunannya daripada Bengkel 1000 Orang kepada Makmal NKEA dan dipertanggungjawabkan dengan projek.

Pencapaian diukur daripada impak kepada Pendapatan Kasar Negara (PKN) bagi membolehkan kemajuan dapat dikukur dengan tepat. EPP dipilih sebagai mangkin bagi mengubah perenggu minda (mindset) daripada “kerja seperti biasa” kepada penambahan lagi pelaburan yang memungkinkan kesan berganda kepada seluruh industri.

Sejak pelancaran PTE, 37 projek dilancarkan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM80 bilion dengan kesan ke atas PKN berjumlah RM117 bilion apabila dilaksanakan sepenuhnya. Projek tersebut akan mewujudkan 136 ribu peluang pekerjaan dalam tempoh pembinaan dan operasi projek.

Dengan jumlah pelaburan swasta yang tinggi, mungkin timbul suara sinis yang tidak berkeyakinan bahawa jumlah tersebut dapat dicapai. Hal ini ditambah lagi dengan faktor ketandusan pelaburan asing belakangan ini dan jumlah besar pelaburan domestik yang mencari peluang pernigaan di luar negara. Kebimbangan tersebut walaupun berasas, tidak perlu digusarkan. Hal ini dikatakan demikian kerana projek yang terkandung dalam NKEA mempunyai potensi keuntungan yang tinggi dan mempunyai nilai tambahan.

Keadaan ini tentunya menarik dana pelaburan yang sifatnya memang “mudah alih” yang sentiasa mencari peluang perniagaan yang menguntungkan. Hal ini ditambah lagi dengan iltizam kerajaan untuk mewujudkan suasana pelaburan yang selesa. Bagi meningkatkan keyakinan sektor swasta, kerajaan telah meletakkan asas dalam ekonomi dan menyasarkan liberalisasi segera dalam sektor tertentu bermula dengan 12 NKEA.

Dalam langkah untuk menyuntik keyakinan sektor swasta, kerajaan juga komited untuk mengurangkan rasuah. Antara dasar yang disarankan termasuk merombak amalan tadbir urus sektor awam dengan menubuhkan sistem pengawasan pematuhan dan pelaksanaan inisiatif untuk membanteras rasuah.

Walaupun PTE menampakkan peranan kecil daripada sektor awam, sebenarnya peranan kerajaan amat penting. Hal ini dijelaskan dalam buku How Countries Compete: Strategy, Structure and Goverment in the Global Economy karya Richard H.K Vietor. Buku ini menjelaskan peranan kerajaan terutamanya dalam merangka dasar dan memantapkan struktur bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan memberikan contoh beberapa buah negara seperti China, Singapura dan Jepun.

Kejayaan PTE bergantung pada empat teras utama. Yang pertama melibatkan pembentukan budaya yang inovatif dan kreatif. Untuk menyuburkannya, budaya ini memerlukan ekosistem yang memupuk dan merangsangkan perusahaan swasta serta berani mengambil risiko yang menggalakkan pertandingan dan peraturan yang memudahkannya.

Yang kedua ialah bekalan tenaga kerja yang berkualiti yang diasuh dalam suasana kerja yang sesuai. Dalam hal ini, Perbadanan Bakat yang baru ditubuhkan dapat memainkan peranannya. Yang ketiga memerlukan transformasi dalam sistem penyampaian kerajaan. Hak ini memerlukan sokongan dan galakan kerajaan terhadap inisiatif swasta. Peranan kerajaan dilihat sebagai “memudahkan” dan bukannnya saingan kepada sektor swasta. Hanya perkhidmatan awam yang berkualiti diterap dengan disiplin fiskal dapat menghasilkan sistem penyampaian tersebut.

Yang keempat adalah menangani isu tadbir urus yang baik dan mengurangi ketirisan akibat rasuah. Hal ini amat kritikal bagi penyatuan sosial dan pengagihan yang saksama hasil daripda pertumbuhan ekonomi kerana tanpa pertumbuhan yang pesat, tidak banyak yang dapat diagihkan.

Apa-apa yang nyata, PTE menyerlahkan beberapa ciri bagi transformasi yang berkesan. Pertama, PTE fokus terhadap keutamaan. Oleh sebab sumber yang amat terhad, maka perlu untuk memfokuskannya kepada bidang yang mempunyai potensi yang besar, iaitu kita mempunyai kelebihan daya saing. Dalam konteks ini, PTE membuat keputusan untuk mengagihkan sumber dari segi dana, masa dan tumpuan kepada 12 NKEA.

Kedua ialah kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta. Dalam sebarang usaha transformasi, pemegang hak harus beranggungjawab untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan. Dalam PTE kerjasama antara sektor awam dengan swasta dimantapkan dalam pelaksanaan dan pembiayaan, iaitu sektor swasta dipertanggungjawabkan untuk memimpin dan menyumbangkan 92 peratus daripada pembiayaan.

Ketiga ialah sasaran matlamat dijadikan paksi dalam membuat keputusan. Sebarang transformasi tidak berjaya tanpa matlamat dan sasaran yang jelas. Dalam PTE, sasaran pendapatan per kapita RM48 ribu, peluang pekerjaan baharu sebanyak 3.3 juta dan matlamat pelaburan swasta adalah jelas.

Keempat, menjadikan projek sebagai mangkin yang akan menghasilkan reaksi berantai dan kesan berganda dan menjadi agen perubahan. Misalnya Mass Rapid Transit (MRT) yang dicadangkan, bukan sahaja akan menyelesaikan masalah lalu lintas, tetapi juga akan menjadikan persekitaran di luar bandar raya lebih selesa untuk didiami dan hal ini akan menarik lebih banyak pelaburan domestik dan pelaburan asing.

PTE merupakan langkah yang realistik dan berdaya maju dengan sektor swasta diberikan peranan yang utama. Dengan pendekatan yang radikal dan pragmatik serta komitmen yang padu daripada kerajaan, harapan Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan faedah yagn nyata untuk rakyat terbanyak, bukanlah hanya impian yang kosong.

Abdul Rahim Abd Aziz

Dewan Ekonomi Mac 2011

Resipi Pengurusan Hotel Yang Berjaya
Hotel Hoshi Ryokan, Jepun

HOTEL yang berasal daripada perkataan Perancis merupakan industri yang berkembang pesat sejajar dengan pertumbuhan sektor pelancongan. Terdapat beberapa fakta tentang industri ini yang menarik untuk diketahui.

Pertama, hotel yang tertua di dunia ialah Hoshi Ryokan di Jepun yang mula beroperasi pada tahun 718 masihi. Hotel ini masih lagi beroperasi dan dikendalikan oleh kelularga Hoshi sejak 1300 tahun yang lalu dan keluarga yang menguruskannya sekarang ialah generasi yang ke-46.

Kedua, daripada senarai 25 buah hotel terbesar di dunia dari segi jumlah bilik penginapan yang ditawarkan, 19 buah daripadanya terletak di Las Vegas Strip yang menawarkan 67 ribu unit bilik penginapan. Ternyata industri perjudian dan hiburan memonopoli di lokasi hotel. Yang menariknya, Hotel First World di Genting Highlands, Malaysia, menduduki tempat ketiga dalam senarai hotel terbesar di dunia dengan jumlah bilik 6118 unit selepas Hotel MGM Grand Las Vegas (7372 unit bilik) dan Hotel The Venetian, Las Vegas (7117 unit bilik).

Ketiga, kini terdapat kecenderungan untuk membina hotel mewah bertaraf tujuh bintang untuk memenuhi selera mereka yang berkemampuan. Contoh yang nyata ialah Burj Al-Arab di Dubai yang mengenakan bayaran sebanyak AS18 ribu (RM55.8 ribu) semalam.

Keempat, industri ini juga dicorakkan oleh pemilikan bangunan hotel dan pengurusannya yang berbeza, iaitu bangunan dimiliki oleh satu pihak dan pengurusan hotel dikendalikan oleh entiti yang lain pula. Umpamanya, hotel Four Seasons tidak memiliki bangunan hotel yang diuruskannya. Pengasingan ini mungkin merupakan strategi Four Seasons untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggannya tanpa memikirkan tentang pembiayaan untuk membina hotel. Berkaitan dengan pemilikan ini, terdaapt juga hotel yang dimiliki oleh syarikat penerbangan antarabangsa yang mengesahkan kaitan rapat antara hotel dengan sektor pelancongan.

Fakta yang kelima ialah rangkaian hotel yang ternama di dunia pada asalnya dimiliki dan diuruskan oleh keluarga. Rangkaian Hotel Hilton misalnya, diasaskan oleh Conrad Hilton pada tahun 1919 di Texas. Kini, terdapat lebih daripada 3600 lokasi rangkaian Hilton di seluruh dunia.

Fakta yang keenam pula ialah hotel juga dijadikan penginapan tetap dan bukannya sementara bagi beberapa personaliti yang terkenal. Misalnya pelakon Richard Harris memilih untuk menginap di Savoy Hotel di London untuk sekian lama dan begitu juga dengan Howard Hughes yang menghabiskan sisa usianya di Hotel Las Vegas. Sementara itu, pereka fesyen, Coco Chanel, tinggal di Hotel Ritz Paris selama lebih dari 30 tahun.

Ketujuh, terdapat juga hotel yang unik. Ada hotel yang berasal daripada penjara yang diubah suai menjadi hotel seperti The Jailhotel Lowengraben di Switzerland dan the Liberty Hotel di Boston. Terdapat juga kapal yang diubah suai menjadi hotel seperti kapal RMS Queen Mary di Long Beach California. Begitu juga terdapat beberapa buah hotel di seluruh dunia yang diubah suai daripada kapal terbang. Semuanya ini adalah untuk menarik pelanggan yang ingin akan pengalaman yang unik melalui penginapan di hotel sedemikian.

Dari segi pengurusan, terdapat beberapa buah hotel seperti Ritz Carlton dan Four Seasons yang dijadikan penanda aras dan model pengurusan yang baik, bukan sahaja untuk industry perkhidmatan, tetapi juga oleh industry yang lain. Four Seasons tersenarai dalam senarai pemeringkatan majalah Fortune, “The Best Company to work For”, sejak pemeringkatan ini diperkenalkan pada tahun 1998.

Begitu juga dengan senarai “The Most Admired companies in America”, Four Seasons sering menduduki tempat yang teratas. Reputasi Four Seasons ini dikukuhkan lagi dengan keinginan orang ramai yang ingin bekerja di hotel ini. Pembukaan Four Seasons di Doha, Qatar, menerima permohonan daripada 25 ribu orang untuk kekosongan jawatan sebanyak 600 pekerjaan. Penglibatan dua orang yang terkaya di dunia yang menjadi pemegang saham utama Four Seasons, iaitu Bill Gates dan Prince Al-Waleed, meningkatkan reputasi hotel ini lagi.

Perkara yang membuat Four Seasons instimewa mengikut pekerjanya ialah “pelanggan boleh mendaftar keluar pada bila-bila masa yang disukai oleh mereka, tetapi pekerja jarang-jarang yang mahu berhenti”. Jadi, apakah rahsia Four Seasons yang dapat dijadikan teladan bagi setiap syariakt yang ingin mendapatkan pengiktirafan dan kepuasan pelanggan serta dinobatkan mempunyai pengurusan yang cekap?

Lazimnya, bagi syarikat hartanah, “mentera” yang diucapkan, iaitu “lokasi, lokasi, lokasi” merupakan antara factor yang menjamin kejayaan syarikat. Bagi Four Seasons, factor yang penting ialah “pekerja, pekerja, pekerja.” Antara factor yang dikenal pasti oleh majalah Fortune dalam senarai pemeringkatan “The Most Admired Companies” termasuklah “kecemerlangan sesuatu syarikat itu bergantung pada kebolehannya untuk menarik, memotivasikan dan mengekalkan pekerja yang berkelayakan”.

Hotel Firts World, Genting Highlands

Di samping itu, terdapat tiga factor yang mendorong pekerja untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk majikannya. Pertama, pemimpin yang berwawasan yang bukan sahaja menuntut ygn terbaik dariapda pekerjanya, tetapi juga memberi mereka inspirasi untuk berbuat demikian. Kedua, syarikat memberikan persekitaran pekerjaan yang menyenangkan. Ketiga, pekerja berasa bahawa pekerjaan mereka memenuhi matlamat dalaman mereka.

Four Sesons yang diasaskan oleh Isadore Sharp, seorang imigran dari Poland, pada tahun 1961, tidak tahu langsung tentang perniagaan hotel. Selama empat dekad, beliau membina Four Seasons hingga menjadikannya hotel yang terkemuka di dunia dan Berjaya menarik pelaburan daripada Bill Gates dan Prince Al-Waleed. Yang jelas, beliau mempunyai wawasan dan melihat perniagaan adalah tetamu yang diraikan.

Bagi Sharp, perniagaannya dibina berasaskan soalan, “Apakah yang dirasakan penting oleh pelanggan dan yang memberi mereka nilai? Jika kita memberi mereka nilai yang tinggi, mereka tidak akan keberatan untuk membayar khidmat tersebut dengan harga yang berpatutan.” Itulah falsafah dan strategi beliau yang pertama dan masih diamalkan hingga kini. Satu lagi prinsip Sharp yang membawa kepada kejayaan Four Seasons adalah dengan melayan dan menganggap pekerjanya seperti melayan pelanggan hotelnya. Hal ini merupakan “Peraturan Emas” di Four Seasons yang sudah menjadi budaya kerja.

Kepentingan budaya kerja dalam menajmin kejayaan sesuatu organisasi memang tidak dapat dinafikan. Budaya kerja yang mantap akan membolehkan pekerja menghayati visi dan mengetahui apa-apa yang perlu dilakukan serta cara untuk melakukannya. Di Four Seasons, pengambilan pekerja lebih berpandukan pada sikap dan bukannya pengalaman. Kemudian, pekerja dilatih melalui peningkatan kerjaya yang jelas dan sebarang pengisian jawatan penting diisi oleh pekerja dalaman.

Sikap menghormati pandangan pekerja juga merupakan amalan melalui kaji selidik berkala yang diadakan. Sebarang saranan pekerja diambil kira dan cadangan terbaik akan dilaksanakan dengan memberikan kredit kepada pekerja yang mencadangkannya.

Kebajikan pekerja juga amat diutamakan. Contohnya, jika Four Seasons menutup premisnya atas sebab tertentu, pengurusan akan memastikan pekerjanya mendapat pekerjaan yang sesuai di premis atau hotel yang lain. Persekitaran kerja yang menyenangkan ini diluahkan oleh pekerja dalam temu bual dengan majalah Fortune,” Dilayan seperti pelanggan orang kenamaan VVIP, makanan percuma setiap hari, gaji dan kemudahan yang menarik serta penginapan percuma di Hotel Four Seasons di seluruh dunia.” Tidak hairanlah pekerja Four Seasons memberikan komitmen yang tinggi terhadap kerjanya.

Di Itali, kegiatan mogok oleh pekerja hotel selalu berlaku, malah diiklankan di akhbar supaya pekerja hotel di Negara itu mematuhi arahan kesatuan sekerja yang amat berpengaruh untuk melakukannya. Namun demikian, pekerja di hotel Four Seasons tidak mematuhi arahan kesatuan sekerja dan tetap bekerja ketiga mogok dilancarkan. Hal ini menunjukkan komitmen mereka kepada syarikat dan menjaga kebajikan pelanggan.

Hotel Burj al-Arab, Dubai

Keupayaan Four Seasons menangani krisis seperti 11 September 2001 dan wabak SARS yang menjejaskan industri perhotelan tanpa memberhentikan pekerjanya, amat dikagumi. Komitmen syarikat ini dibalas dan dihargai oleh pekerjanya dengan kadar pemberhentian yang paling rendah dalam industri.

Jim Collins sarjana pengurusan dan penulis buku, Good To Great merumuskan bahawa “Syarikat yang unggul, pertamanya membina budaya disiplin, kemudian membentuk model perniagaan yang menepati tiga perkara, iaitu apa-apa yang membuat mereka cemerlang, pemahaman yang mendalam tentang perniagaan dan nilai teras yang dikongsi oleh pekerja dengan komitmen yang mendalam.”

Komitmen ini dipamerkan apabila berlaku tsunami di kepulauan Maldives. Pekerja Four Seasons bekerja keras siang malam bagi memastikan semua pelanggan selamat dan mengusahakan perpindahan ke tempat yang selamat dengan segera. Seorang pelanggan yang selamat memberikan penghargaan, “Saya ingin menegaskan bahawa kekuatan pengurusan dan pekerja Four Seasons seperti batu yang pejal – terdiri daripada pekerja tempatan yang memperlihatkan dan menjalankan tugas mereka dengan baik dan membaperkan dedikasi yang tinggi ketika berhadapan dengan krisis atau bencana dan tiada latihan atau jumlah wang yang berupaya menghasilkannya.

Dengan komitmen tenaga kerja yang sedemikian, tidak hairanlah Four Seasons menduduki tempat teratas sebagai World’s Top Hotel Chain dalam kaji selidik tahunan Zagat Survey of Top International Hotels, Resorts and Spas berdasarkan maklum balas daripada 12000 orang pelanggan hotel.

Four Seasons juga memulakan beberapa inovasi yang diikuti oleh hotel yang lain dan kini menjadi piawaian dalam industri perhotelan. Antaranya termasuklah membekalkan syampu untuk pelanggan yang mula dijadikan amalan di hotel pertama Four Seasons di Toronto, Kanada. Kini, perkara tersebut menjadi kemestian di setiap hotel. Walau bagaimanapun, mengikut Sharp, bukan semua perkara dapat ditiru oleh hotel yang lain. “Perkhidmatan personal bukan sesuatu yang dapat dikerah sebagai polisi, sebaliknya datang daripada budaya kerja. Cara kita melayan pekerja akan diterjemahkan oleh mereka semasa melayan pelanggan – saranan yang baik untuk dipraktikkan oleh industri perkhidmatan.”

Zit Azran

Dewan Ekonomi, Februari 2011

Filem Sebagai Perniagaan
KEPENTINGAN filem sebagai perniagaan dapat dilihat berdasarkan jumlah kutipan tiket global mencecah paras AS$29.9 bilion (RM92.69 bilion) pada tahun 2009, iaitu peningkatan sebanyak 7.6 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Pola yang ketara dalam industry kreatif ini menunjukkan pertambahan tayangan layar bersesuaian dengan peningkatan dalam pembuatan filem bercorak ini untuk memenuhi selera penonton yang semakin tinggi.

Seperti entiti perniagaan yang lain, industri filem turut mengambil kira cita rasa pengguna untuk terus berkembang dan relevan dengan kehendak semasa. Jika dilihat senarai filem yang bersaya meraih jumlah kutipan tiket terbanyak seperti dalam Jadual 1 membayangkan kecenderungan pengguna semasa menjadi faktor penting merangsang penjanaan pendapatan industri kreatif.

Daripada senarai 10 buah filem dalam Jadual 1, ternyata filem genre fantasi dan pengembaraan menguasai pasaran. Pengeluar filem yang Berjaya akan mengeksploitasi genre ini dengan plot cerita yang menarik di samping penggunaan teknologi canggih untuk memberikan kesan khas kepada audiens. Tidak hairanlah jangka masa untuk mengeluarkan filem yang sedemikian mengambil masa yang lama, umpamanya filem Lord of the Rings mengambil masa selama tujuh tahun untuk menerbitkannya.

Ketelitian dan kesabaran pengeluarannya ternyata berbaloi kerana tiga siri filem Lord of the Rings menduduki 20 senarai teratas dalam pecah panggung. Terdapat kecenderungan untuk mengadaptasi buku yang terlaris jualannya untuk dijadikan filem. Buku J.K.Rowling, siri Harry Porter misalnya yang difilemkan mengambil lima tempat dalam 20 senarai teratas filem yang paling laris. Di samping itu dagangan yang terhasil sebagai produk sambingan filem mampu menjana perniagaan yang lumayan. Dagangan daripada filem Star Wars dan Lord of the Rings meraih jualan ratusan juta Dolar.

Sebagai entiti perniagaan, pengusaha filem juga mendapat pulangan yang lumayan daripada jumlah dana yang dilaburkan. Senarai dalam Jadual 2 berbanding dengan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk filem tersebut dari tahun 1990 hingga kini.

Jadual 1

Senarai filem yang mencatatkan kutipan tiket terbanyak

Jadual 2 menunjukkan pulangan industri filem yang mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan malah ada pulangannya yang melebihi 100 peratus. Hal ini mendorong banyak pengusaha filem menyertai industri ini terutamanya pengusaha tempatan. Namun menceburi bidang ini bukanlah semudah yang disangka. Tanpa bakat, peralatan yang cukup, plot cerita yang menarik, filem yang dihasilkan akan menemui kegagalan di pawagam dan pengusaha terpaksa gulung tikar.

Jadual 2

Jumlah kutipan tiket berbanding dengan jumlah perbelanjaan filem (1990-kini)

Hal ini memberikan kesan yang mendalam kepada penerbit filem tempatan. Maka, industri filem harus dilihat dari sudut perniagaan iaitu modal perniagaan yang mencukupi, unjuran kutipan tiket yang munasabah, memahami cita rasa penonton, plot cerita yang menarik dan penggunaan teknologi serta banyak perkara yang berkaitan yang tidak boleh dipandang remeh. Berbanding dengan industri filem di Barat, industri filem menjadi komoditi yang tersebar luas ke seluruh Negara diikuti oleh industri sokongan yang turut berkembang.

Filem turut mempengaruhi dan memberi kesan kepada tatacara perniagaan dan pelakuan ahli perniagaan. Filem Wall Street yang dikeluarkan oleh Oliver Stone kira-kira 20 tahun lalu memberi gambaran tentang kecelaruan industri kewangan Amerika ketika itu. Watak Gordon Gekko menyarankan yang “Greed is good” (tamak itu bagus) manakala watak heronya, Bud Fox menyedari sebaliknya walaupun terlambat dan kedua-duanya meringkuk di dalam penjara. Filem ini yang Berjaya memenangi Academy Award membawa mesej yang berbeza kepada golongan bukan sasaran. Bagi mereka yang bekerja di Wall Street, mereka yang baru meningkat naik sebagai pegawai bank, peniaga dan pengurus dana lindungan nilai, Gekko dijadikan sebagai watak hero ikutan yang baik.

Berbeza daripada mereka yang mempunyai  pengalaman yang luas dalam bidang kewangan tidak melihat watak Gekko seperti yang berlaku di Wall Street. Namun begitu, banyak pemerhati pasaran menganggap “ketamakan” sebenarnya dipamerkan oleh industri kewangan sejak 20 tahun lalu. Beberapa skandal dan krisis yang berleluasa di Wall Street daripada Saving and Loan, Long Term Capital Management, dot.com Bubble sehinggalah krisis subprime – semuanya menonjolkan unsur ketamakan. Hal ini memberi kesan persepsi dan kepercayaan awam terhadap sektor perniagaan yang semakin merudum.

Dalam kajian terbaharu Pew Research Center mendapati bahawa sebanyak 69 peratus responden melihat bank dan institusi kewangan dengan pandangan negatif manakala 64 peratus responden mempunyai pandangan yang sama terhadap syarikat yang besar. Di tengah-tengah persepsi ini, Oliver Stone menerbitkan sambungan cerita Wall Street yang didukung oleh watak utamanya, Michael Douglas. Gekko yang baru keluar dari penjara berpasangan dengan tunang anak perempuannya kembali menbambil peluang daripada kecelaruan yang ditimbulkan oleh kegawatan ekonomi dengan memanipulasi pasaran.

Dalam Wall Street yang pertama, Gekko membawa watak jahat kerana beliau menggunakan “pembelian pengaruh” (leverage buyout) untuk memecahkan syarikat dan memusnahkan pekerjaan di samping memperoleh keuntungan dariapda urus niaga dalaman. Dalam Wall Street kedua, beliau menggunakan kepintarannya untuk mengatasi sistem dan melakukan jualan singkat untuk menjual syarikat sebelum sahamnya merudum. Sementara itu, bakal menantunya memanipulasikan pasaran dengan menyebarkan khabar angin.

Penerbitan filem ini menimbulkan dua persoalan penting. Adakah industri kewangan akan menerima saranan Stone sekarang? Kedua, adakah pemimpin korporat menyedari “penyimpangan fakta” daripada keadaan sebenarnya yang ditonjolkan oleh filem tersebut. Namun, audiens menganggap filem tersebut adalah seperti kisah benar. Sama ada kisah itu berbentuk fiksyen (Wall Street, Up in the Air, Michael Clayton) kisah benar yang dijadikan fiksyen (Erin Brockovich, The Insider) atau dokumentari (Roger and Me, Food Inc), filem Hollywood Berjaya menanam persepsi negatif terhadap dunia perniagaan kepada masyarakat.

Seperti yang dilakonkan oleh Gekko sikap ini sebenarnya diunjurkan oleh guru pengurusan, iaitu keupayaan mengesan dan mengambil peluang yang ada, tetapi terdapat tanggapan yang berbeza tentang hal itu. Terdapat perbezaan yang besar antara inovasi korporat yang didorong oleh kepentingan persendirian atau kelompok tertentu dengan didorong oleh kepentingan ramai dan pengagihan kebajikan untuk masyarakat. Malangnya Hollywood lebih cenderung menyerlahkan watak jahat dalam menggambarkan dunia perniagaan. Malah dalam filem Wall Street, Up in the Air, Michael Clayton dipaparkan perlu membunuh sekiranya terdesak untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, terdapat filem yang berdasarkan kisah sebenar dan dokumentari yang jelas menggambarkan keburukan sektor perniagaan. Julia Roberts yang membawa watak Erin Brocovich menggambarkan Syarikat Pacific and Gas menyembunyikan fakta tentang pencemaran air. Filem Insider berdasarkan kisah benar tentang industri tembakau yang menyembunyikan kajian tentang kesan buruk merokok yang dikatikan dengan barah. Begitu juga, General Motor sememangnya menutup kilangnya di Michigan yang menyebabkan kehilangan 30 ribu pekerjaan seperti yang dipaparkan oleh Michael Moore dalam Roger and Me. Monsanto memang menggunakan tekanan ke atas petani kecil untuk menjaga kepentingan dan keuntungan syarikat hasil daripada teknologi benihnya dalam filem Food Inc..

Hollywood ketandusan cerita tentang syarikat gergasi global seperti IBM, Google dan Boeing yang memacu pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang menyerlahkan reputasi perniagaan Amerika di peringkat global di samping menyediakan kerjaya kepada ratusan ribu pekerjanya. Di manakah filem tentang syarikat yang bertanggungjawab dalam inovasi yang positif seperti Better Place dan Renault yang telah bekerjasama membangunkan teknologi kereta elektrik? Ataupun Roche yang bertanggungjawab dalam penemuan dadah Avastin untuk mengubati barah atau Starbuck dan Stoneyfield Farm yang patuh terhadap hasil pengeluaran yang beretika dan lestari?

Tentunya audiens pernah menonton filem tentang kebaikan perniagaan dan mengharapkan Hollywood berlaku adil dan seimbang terhadap filemnya. Namun, cerita kebaikan sedemikian tidak dapat menjual tiket dan tentunya sebagai entiti perniagaan, Hollywood lebih cenderung memaparkan keburukan rasuah dan kebejatan dunia perniagaan kerana cerita ini mempunyai unsur kejutan dan dramatik yang dimahukan oleh penonton. Sudah tentu filem ini akan menghasilkan keuntungan sesuai dengan falsafah Hollywood, iaitu filem itu perniagaan.

Oleh: Rahim Aziz

Dewan Ekonomi, Januari 2011