Minda YKSM
Suara, pendapat dan pandangan YKSM terhadap sesuatu isu atau topik yang perlu diberi perhatian menurut persektif ...
Program & Aktiviti
Program dan aktiviti yang telah dianjurkan oleh YKSM dari tahun 2009 hinggi kini. Perbincangan Kumpulan Fokus: ...
Artikel
Artikel oleh kakitangan YKSM, perunding atau penulis undangan. Penulisan tidak semestinya melambangkan idea atau pemikiran YKSM, ...
Artikel Terkini
Industri kecil dan sederhana (IKS) melibatkan perusahaan perkilangan yang menyediakan perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan perkilangan dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan jumlah tenaga kerja tidak melebihi 150 orang. Sumbangan IKS terhadap penggunaan tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi negara memang tidak dapat dinafikan.
Oleh hal yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta badan yang khusus ditubuhkan berusaha keras untuk membangunkan sektor ini dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan sektor ini terus menjanakan ekonomi negara. Antaranya kemudahan yang disediakan termasuklah menyediakan pembiayaan, khidmat nasihat dari segi pemasaran dan produk, di samping menyediakan premis perniagaan. SME Corporation dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah antara peneraju penting yang diamanahkan untuk membangunkan sektor ini. Baca seterusnya
ANTARA kesan globalisasi ialah pertandingan yang sengit antara negara untuk mendapatkan pasaran eksport dan pelaburan asing. Dengan ekonomi global yang mencecah AS$44 trilion kini dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi dan infrastuktur, pertandingan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi dengan keupayaan negara seperti China, Vietnam, malah Kemboja juga, menarik dana pelaburan asing yang semakin berkurangan di negara masing-masing.
